Wednesday, May 19, 2010

Salam metafora.....

Ini adalah coretan pertama ku.....Sejak bila? bagaimana ?mengapa ? macam mana ?
aku pun tak tahu , aku bleh terpanggil untuk mempunyai blog sendiri.
Hum.....maybe, tingin...atau saja nak show of....=p.
Ok better aku introduce anything pasal aku. Aku diberi nama NURUL HUSNA IZATY BT MOHAMED SHOHOR. Agak panjang nama tu.....Maksudnyer cahaya kelembutan dan kekuatan. Maksud nama ku ini agak kontra kan , antara kelembutan dan kekuatan .Pada ku kekuatan itu lebih menonjol dari kelembutan. Aku masih mencari-cari di mana kelembutan.Dan masih tidak faham mengapa kelembutan itu tidak ada dalam diri aku??
Kehidupan aku sangat simple.....ada family yang bahagia....sahabat yang betul-betul digelar sahabat....dan maybe syurga chenta (angan-angan mat jenin je tu )....ahakssss.
Aku ni suka mangarang.Hum ni semua berkat mummy aku merangkap guru kelas and guru bahasa Malaysia tem aku form 4 and 5..setiap hari isnin pasti dia membebel dan merabik perut ku coz tidak siap kerja sekolah.Iaitu karangan yang tidak boleh kurang dari 500 patah perkataan.Memang rabak la nak buat karangan yang panjang berjela tu.....tapi da tak tahan sgt asyik rabik je perut ni terpaksa la buat...dan hasil nya dapat gak A1....Agak memberansangkan...
Pada Puan Siti Fatimah arikatooo.....Miss u....
Vespa..Mini copper...antara barangan idaman ku.Vespa kalau di pandang amat seksi....Dengan reka bentu nya membuatkan aku terliur melihatnya...Pandangan orang lain apa barang vespa , tapi pada aku vespa sangat barang.Sama la jugak dengan Mini copper ,chumel je...
So aku x kesah apa orang nak kate pasal idaman aku ni. Yang penting aku akan dapat gak Vespa and Mini copper tuh...
Terlalu banyak melalut dalam coretan pertama ini. Huhuhuhu
Tak pe aku cuba memperbaiki coretan aku selepas ini.......Jam da menunjukkan 3.55a.m....
Aku nak tido.Esok nak balik kampung.Perjalanan agak jauh....
Akhir kata salam metafora..
dari ku Skunakuni..............

No comments:

Post a Comment